BAB 1 NIA TAK NAK KAHWIN
- Get link
- X
- Other Apps
“Dania, ayah dah buat keputusan.”
Dania Amilea yang sedang menikmati kek coklat hampir tersembur air di mulutnya. Dahinya berkerut seribu.
“Apa maksud ayah?”
Datuk Rashid meletakkan cawan teh dengan tenang.
“Ayah dah setuju dengan perjodohan kamu.”
Dania tersedak. “Perjodohan apa?”
Datin Aida yang duduk di sebelah suaminya menghela nafas panjang.
“Dania, ini untuk kebaikan kamu. Kami dah janji dengan Tengku Hakimi sejak lama dulu.”
Dania meletakkan garpunya ke atas pinggan. Rasa kek coklat yang tadi sedap kini terasa pahit di tekaknya.
“Tengku Hakimi? Siapa dia?”
“Dia sahabat baik ayah.”
“Dan anak dia?”
Tengku Zacky Rayyan.
Nama itu langsung tidak memberi kesan kepada Dania. Dia tidak pernah kenal, tidak pernah dengar, malah tidak pernah nampak wajah lelaki itu.
Dania ketawa kecil. “Ayah, ibu, jangan main-main. Nia ni doktor, Nia ada kehidupan sendiri dan harian Nia memang sibuk. Kenapa tiba-tiba nak jodohkan Nia dengan lelaki yang Nia tak pernah jumpa?”
“Ayah tahu. Tapi ini bukan sebarang lelaki. Dia pewaris keluarga Tengku Hakim.”
Dania mengangkat tangan. “Maaf, ayah. Nia tak berminat dengan lelaki kaya. Nia tak kisah kalau dia anak raja sekalipun.”
Datin Aida memegang tangan anaknya dengan lembut. “Dania, ibu tahu ini mengejutkan. Tapi kami dah fikir masak-masak.”
Dania menarik tangannya. “Tapi Nia tak pernah kenal dia! Nia tak nak hidup dengan orang asing.!”
Datuk Rashid mengeraskan rahangnya. “Dania, ini keputusan keluarga.”
Dania meraup wajahnya. Kenapa mesti aku?!
**
Beberapa Hari Kemudian...
Dania duduk di sebuah restoran mewah dengan tangan bersilang. Di hadapannya, seorang lelaki sedang membaca menu dengan wajah tanpa ekspresi.
Tengku Zacky Rayyan.
Lelaki itu berpakaian serba hitam, dengan jam tangan Rolex di pergelangan tangan. Mukanya serius, sejuk, dan kelihatan seperti orang yang dipaksa untuk datang ke sini. Harap muka je tampan tapi mata seakan nak terkam aku.
Baiklah. Nampaknya bukan aku seorang yang kena paksa.
“Apa awak nak makan?” Dania akhirnya bersuara.
Zacky mengangkat muka, merenungnya dengan mata tajam. “Saya tak lapar.”
Dania mendengus perlahan. “Okey. Jadi, kita buat apa kat sini?”
Zacky bersandar di kerusi. Terus berterus terang. “Saya juga tak nak perkahwinan ni.”
Dania terdiam. Entah kenapa, ayat itu sedikit menyakitkan.
“Oh.” Itu sahaja yang keluar dari mulutnya.
“Tapi saya tak ada pilihan,” sambung Zacky perlahan.
Dania mengangkat kening. “Kalau awak tak nak, kenapa awak tak tolak?”
Zacky menghela nafas panjang. “Kalau saya tolak, keluarga saya akan kecewa. Papa saya… dia dah banyak berjasa pada saya.”
Dania menggigit bibirnya. Aku juga dalam situasi yang sama.
“Jadi?” soal Dania.
Zacky mengangkat bahu. “Kita kahwin. Tapi jangan harap saya akan jadi suami yang baik.”
Dania terkedu. “Awak fikir saya terdesak nak kahwin dengan awak?”
Zacky tersenyum sinis.
"Kenapa awak tak cari sahaja perempuan yang awak berkenan untuk dikahwini. Jadi kita tak saling terikat dengan hubungan seperti ini"
Zacky hanya tergeleng perlahan. menutupi sesuatu yang telah terjadi.
"Takkan Tengku tak ada seorang pilihan hati?" Soalan tak puas hati.
"Ramai, tapi saya yang tak nak mereka semua" Zacky mengelak.
Zacky memberi arahan, "Kita kahwin. Tapi saya cuma nak cakap awal-awal. Saya takkan jatuh cinta dengan awak.”
Dania merenung lelaki itu dengan mata berapi.
“Jangan risau, Tengku. Saya juga tak berminat nak jatuh cinta dengan awak.”
***
Rasanya kelanjutan hubungan mereka berjalan lancar atau tidak. ?
- Get link
- X
- Other Apps

Comments
Post a Comment