Bab 4 - Tunangan Tengku dingin
- Get link
- X
- Other Apps
Majlis
pertunangan akhirnya selesai dengan lancar. Di mata para tetamu, tetapi tidak
di hati kedua-dua mempelai yang langsung tidak berminat antara satu sama lain.
Namun, bagi keluarga mereka, perjodohan ini adalah perkara terbaik yang pernah
terjadi.
Tengku
Rayyan Zafriel masih duduk di sofa eksklusif di satu sudut dewan, dikelilingi
oleh beberapa sanak saudara yang sibuk berbual. Namun, fikirannya langsung
tidak tertumpu pada perbualan mereka. Sebaliknya, matanya asyik merenung
seseorang.
Di
seberang dewan, Tengku Adelina Sofea sedang rancak berbual dengan beberapa
sepupunya, tetapi dalam gaya yang sangat tidak aristokrat langsung.
Gelak
ketawa yang kuat dan spontan jelas berbeza daripada wanita-wanita lain dalam
keluarga mereka yang lemah lembut dan penuh kawalan diri.
Rayyan
menghela nafas panjang. Dia masih belum dapat percaya bahawa dia kini bertunang
dengan seorang gadis yang kelihatan begitu… selamba dan bersahaja. Dan lebih
pelik lagi, hanya dengan dia, gadis itu suka melawan.
Seolah-olah
dia dapat membaca fikirannya, Adelina tiba-tiba menoleh dan memberikan senyuman
nakal ke arahnya sebelum memberi lambaian tangan dengan gaya menggoda. Rayyan
hanya membalas dengan jelingan tajam, tetapi Adelina jelas tidak tergugat
langsung. Malah, dia mengambil segelas air dan mengangkatnya sedikit ke arah
Rayyan, seolah-olah bersulang.
“Berani
betul,” gumam Rayyan perlahan, menggelengkan kepala.
Beberapa
ketika kemudian, Rayyan bangun dan melangkah ke meja bufet untuk mengambil
sedikit makanan.
Namun,
belum sempat dia mencapai piring, satu suara yang cukup dia kenal menyapanya
dari belakang.
“Aik,
bakal tunang aku ni tak makan lagi? Ke diet sebab nak jaga badan?”
Rayyan
menoleh perlahan dan mendapati Adelina sudah berdiri di sebelahnya dengan
senyuman sinis.
“Aku tak
macam kau, siap boleh makan roti canai tiga keping sebelum datang perjumpaan
penting,” balasnya tanpa perasaan.
Adelina
terkekeh kecil. “Itu strategi. Kalau makanan kat sini tak sedap, at least aku
dah kenyang dulu.”
Rayyan
mengangkat kening. “Dan kalau sedap?”
Adelina
mengangkat bahu. “Makan je lah lagi.”
Rayyan
menggeleng perlahan. “Aku tak faham macam mana kau boleh jadi Tengku.”
Adelina
tersengih. “Nasib baik aku lahir dalam keluarga ni. Kalau tak, confirm aku dah
lama jadi gengster betul.”
Rayyan
menghela nafas panjang. “Kau dah cukup macam gengster sekarang pun.”
Adelina
ketawa kecil, kemudian mencapai sebiji buah anggur dan memasukkannya ke dalam
mulut. “Kau tahu tak, kita ni memang pasangan yang pelik?”
Rayyan
memandangnya tanpa ekspresi. “Aku tahu.”
Adelina
menjongketkan kening. “Jadi, kita ni nak teruskan drama ni atau kau nak cuba
jatuh cinta dengan aku?”
Rayyan
hampir tersedak dengan air yang baru diminumnya. Dia menoleh ke arah Adelina
yang kini tersengih puas, jelas menikmati reaksinya.
“Kau ni…”
Rayyan menggeleng kepala, cuba menahan dirinya dari tersenyum. “Kau memang suka
buat orang sakit jantung, kan?”
Adelina
tergelak kecil sebelum menepuk bahu Rayyan dengan selamba. “Biasalah, hiburan
untuk bakal suami.”
Rayyan
hanya mampu mengeluh. Dia sudah boleh rasa bahawa hidupnya selepas ini tidak
akan pernah sunyi dengan kehadiran Adelina.
BACA BAB SETERUSNYA : Beli Sekarang
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment