BLURB TENGKU ZACKY RAYYAN LARI! DR DANIA KAU MILIKKU
- Get link
- X
- Other Apps
Blurb
Tengku Zacky Rayyan,pewaris keluarga bangsawan, Langsung tidak bersetuju saat dijodohkan dengan Dr. Dania Amilea, anak sahabat baik papanya.
Baginya, perkahwinan tanpa cinta adalah sesuatu yang tak patut diteruskan. Jadi, selepas akad nikah, dia terus angkat kaki dan menghilangkan diri selama dua tahun.
Dania? Dia takkan menangisi suami yang tak sudi. Hidupnya tetap berjalan seperti biasa. Dia seorang doktor terkenal, mempunyai sahabat yang menyokongnya, dan cukup bahagia tanpa lelaki bernama Tengku Rayyan dalam hidupnya. Lagipun, buat apa berharap pada seorang suami yang ghaib selepas malam pertama?
Tapi... Rayyan tiba-tiba balik!
Dan yang paling mengejutkan, lelaki dingin yang dulu bagaikan bongkah ais kini berubah menjadi suami sesungguhnya bersikap posesif dan nakal saat memujuknya.
"Sayang marah lagi? ~ Zacky
“Nak marah dalam pelukan abang tak?"~ Zacky
"Jangan gatal, Tengku!"~ Dania
"Kenapa sekarang? ~ Dania
Dulu abang lari, sekarang abang kejar. Biar adil sikit!"~ Zacky
Zacky yang dulu lari dari perkahwinan kini bersungguh-sungguh mahu merebut hati Dania.
Tapi masalahnya, Dania dah penat dengan sikapnya dulu dan langsung tidak berminat memberi peluang kedua.
Mampukah si Tengku yang nakal dan manipulatif ini memenangi hati isterinya semula? Atau perkahwinan mereka hanya akan tinggal sejarah?
- Get link
- X
- Other Apps

Comments
Post a Comment