Bab 1 - Pertemuan Paling Merepek
- Get link
- X
- Other Apps
“Semua
dah sampai? Mana tunang aku?” suara Tengku Rayyan Zafriel serius, tajam menusuk
pendengaran sekeling.
Beberapa
ahli keluarga yang hadir saling berpandangan. Mereka sendiri tak pasti
bagaimana bakal isterinya mahu menghadapi lelaki berdarah sejuk ini.
Tiba-tiba...
“Sorry
lambat! Tadi sempat lagi makan roti canai tiga keping.”
Seorang
gadis melangkah masuk dengan gaya selamba. Rambutnya yang panjang diikat
ponytail, berbaju t-shirt oversized dengan seluar jeans. Langsung tak nampak
gaya anak orang kaya, apatah lagi bakal isteri kepada pewaris empayar keluarga
Tengku.
Rayyan
mengerutkan dahi. “Kau?”
Gadis itu
menjongketkan kening. “Aku?”
“Ya, kau!
Kau ni betul ke Tengku Adelina Sofea?” Nada suara Rayyan berbaur tidak percaya.
Adelina
tersengih. “Memang aku pun. Takkan ada dua orang Tengku Adelina dalam rumah ni.
Kau ni slow sikit ke?”
“Dan kau
mesti Tengku Rayyan zafriel.” Adelina memberikan senyuman sinis.
Rayyan
terdiam. Ini betul-betul gila. Dia sangka bakal tunangnya seorang wanita lembut,
bergaya dan patuh pada adat. Tapi yang berdiri di hadapannya sekarang. Perangai
macam gangster kampung dusun!
Dan dalam
banyak-banyak perempuan di dunia ini, kenapa dia yang kena kahwin dengan
perempuan ini?
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment